Bagaimana mahu jujur pada hati? Puas aku cuba untuk sejujurnya pada hati ini. Namun masih lagi kurasakan bibit-bibit kepura-puraan yang berbaki. Aku mahu bebas dari sifat pura-pura itu. Aku mahu berjalan di muka bumi ini dengan seikhlasnya. Aku mahu jujur pada hati. Jujur pada amalku. Apa yang terzahir pada amalku, biarlah lahir dari hatiku yang jujur. Namun begitu sukar kurasakan untuk jujur pada hati. Mungkin tak siapa yang faham apa yang kurasakan saat ini. Semuanya penuh dengan kepuraan.
Aku tersentuh dengan satu kata-kata ini yang saya terbaca dari akaun FB seorang ukhti,
"Saudaraku, hati ada di tangan Allah. Dia mengubahnya sesuai dengan kehendakNya. Oleh kerana itu, bersungguh-sungguhlah dalam berdoa,agar Dia memberikan kehidupan kepada hatimu, membuka dadamu dengan iman dan melimpahkan keyakinan kepadamu sebagai anugerah serta nikmat dariNya."
Apakah Allah sedang menghukumku? Aku benar-benar buntu memikirkan hati ini. Sungguh aku tak sanggup lagi menipu hatiku. Jujurlah pada hati.
No comments:
Post a Comment