Friday, September 23, 2011

Jujur Pada Hati



Bagaimana mahu jujur pada hati? Puas aku cuba untuk sejujurnya pada hati ini. Namun masih lagi kurasakan bibit-bibit kepura-puraan yang berbaki. Aku mahu bebas dari sifat pura-pura itu. Aku mahu berjalan di muka bumi ini dengan seikhlasnya. Aku mahu jujur pada hati. Jujur pada amalku. Apa yang terzahir pada amalku, biarlah lahir dari hatiku yang jujur. Namun begitu sukar kurasakan untuk jujur pada hati. Mungkin tak siapa yang faham apa yang kurasakan saat ini. Semuanya penuh dengan kepuraan. 

Aku tersentuh dengan satu kata-kata ini yang saya terbaca dari akaun FB seorang ukhti,

"Saudaraku, hati ada di tangan Allah. Dia mengubahnya sesuai dengan kehendakNya. Oleh kerana itu, bersungguh-sungguhlah dalam berdoa,agar Dia memberikan kehidupan kepada hatimu, membuka dadamu dengan iman dan melimpahkan keyakinan kepadamu sebagai anugerah serta nikmat dariNya."

 Apakah Allah sedang menghukumku? Aku benar-benar buntu memikirkan hati ini. Sungguh aku tak sanggup lagi menipu hatiku. Jujurlah pada hati.

Thursday, March 17, 2011

Al-Hasad~


Mengapa aku merasakan getar gelombangku tidak seirama dengannya? Mengapa setiap butir bicaranya membuatkan hatiku bagaikan tidak dapat menerima, senyumku tawar padanya, mataku mengelak untuk memandangnya, hatiku tidak ikhlas dengannya. Mengapa?

Dia hanyalah insan biasa. Dia lembut dalam bicara. Dia tak lekang dengan senyum. Dia cukup baik sebenarnya. Tapi mengapa? Ya Allah, hatiku dijangkiti penyakit hati lagi. Mengapa aku merasa sinisnya dia?

Aku duduk muhasabah diri. Mengapa ini terjadi. Ternyata, baru aku mengerti..

Iman ku tidak sepertinya... Ukhuwah saudara iman... Dan aku, iman ku banyak cacat cela, sehingga itu membuatkan gelombangku tidak seirama dengannya. Aku merasa asing dengannya. Apa yang perlu aku lakukan?

Aku mahu cepat-cepat mengubati hati ini...Langkah pertama, tingkatkan ibadah..Langkah kedua, bagi hadiah padanya..

InsyaAllah..aku tidak mahu rasa ini terus berlanjutan..Aku mohon padaMu Ya Allah, ubatilah hatiku yang sakit ini. Ameen...

Thursday, January 13, 2011

Hati..pedih~


Hati yang pernah ternoda pasti akan meninggalkan kesan...
Aku sedang merasakannya saat ini?

Apakah tiada cara untuk menghilangkannya 100%?

Hati yang sakit..hati yang berparut....

Tuesday, January 4, 2011

Hati..Bangkitlah~


Hati..
Tak siapa yang tahu apa yang ada dalam hati ini.
Hanya DIA!

Sakitnya........
Aku perlukan kekuatan itu untuk terus bangkit!