Friday, September 23, 2011

Jujur Pada Hati



Bagaimana mahu jujur pada hati? Puas aku cuba untuk sejujurnya pada hati ini. Namun masih lagi kurasakan bibit-bibit kepura-puraan yang berbaki. Aku mahu bebas dari sifat pura-pura itu. Aku mahu berjalan di muka bumi ini dengan seikhlasnya. Aku mahu jujur pada hati. Jujur pada amalku. Apa yang terzahir pada amalku, biarlah lahir dari hatiku yang jujur. Namun begitu sukar kurasakan untuk jujur pada hati. Mungkin tak siapa yang faham apa yang kurasakan saat ini. Semuanya penuh dengan kepuraan. 

Aku tersentuh dengan satu kata-kata ini yang saya terbaca dari akaun FB seorang ukhti,

"Saudaraku, hati ada di tangan Allah. Dia mengubahnya sesuai dengan kehendakNya. Oleh kerana itu, bersungguh-sungguhlah dalam berdoa,agar Dia memberikan kehidupan kepada hatimu, membuka dadamu dengan iman dan melimpahkan keyakinan kepadamu sebagai anugerah serta nikmat dariNya."

 Apakah Allah sedang menghukumku? Aku benar-benar buntu memikirkan hati ini. Sungguh aku tak sanggup lagi menipu hatiku. Jujurlah pada hati.

Thursday, March 17, 2011

Al-Hasad~


Mengapa aku merasakan getar gelombangku tidak seirama dengannya? Mengapa setiap butir bicaranya membuatkan hatiku bagaikan tidak dapat menerima, senyumku tawar padanya, mataku mengelak untuk memandangnya, hatiku tidak ikhlas dengannya. Mengapa?

Dia hanyalah insan biasa. Dia lembut dalam bicara. Dia tak lekang dengan senyum. Dia cukup baik sebenarnya. Tapi mengapa? Ya Allah, hatiku dijangkiti penyakit hati lagi. Mengapa aku merasa sinisnya dia?

Aku duduk muhasabah diri. Mengapa ini terjadi. Ternyata, baru aku mengerti..

Iman ku tidak sepertinya... Ukhuwah saudara iman... Dan aku, iman ku banyak cacat cela, sehingga itu membuatkan gelombangku tidak seirama dengannya. Aku merasa asing dengannya. Apa yang perlu aku lakukan?

Aku mahu cepat-cepat mengubati hati ini...Langkah pertama, tingkatkan ibadah..Langkah kedua, bagi hadiah padanya..

InsyaAllah..aku tidak mahu rasa ini terus berlanjutan..Aku mohon padaMu Ya Allah, ubatilah hatiku yang sakit ini. Ameen...

Thursday, January 13, 2011

Hati..pedih~


Hati yang pernah ternoda pasti akan meninggalkan kesan...
Aku sedang merasakannya saat ini?

Apakah tiada cara untuk menghilangkannya 100%?

Hati yang sakit..hati yang berparut....

Tuesday, January 4, 2011

Hati..Bangkitlah~


Hati..
Tak siapa yang tahu apa yang ada dalam hati ini.
Hanya DIA!

Sakitnya........
Aku perlukan kekuatan itu untuk terus bangkit!

Tuesday, October 12, 2010

Hati...Jangan Mati~


Wahai hati...

Jangan kau mati
aku tak sanggup hidup tanpamu hati.

Wahai hati...
Puas sudah aku gagau mencari cahaya buatmu
namun hampa...

Aku gagal..
kenapa, kegagalan demi kegagalan yang aku tempuhi

Mengapa tiap kali, mimpi ngeri itu mengejarku...
sampai bila aku terus hidup dibelengu 1000 kedukaan..

Ya Allah..
berikanlah sedikit cahay buat hati ini...

Berikanlah kekuatan buatku..
aku lemah..aku lelah...

Hanya pada-Mu aku mohon keteguhan
kekuatan..

Engkaulah yang menegakkan kaki berpijak
terpasak di bumiMu ini...

Aku mohon..
berikanlah hambaMu ini
kekuatan...
agar bisa kuberdiri

untuk kali kedua~

Wednesday, October 6, 2010

Mencari Hati



Kadang-kadang, jiwa lemah mencari hati yg hilang. hati, beku.. berdiam dalam kesal. hati ini sentiasa ingin mencari diri yang hilang, tapi jalannya masih belum ditemui..em...

Friday, October 1, 2010

~Warkah Hati Buat Hati~

Hatiku terpenuh dengan cinta-Nya..

Masa terus berlalu. Laju. Deras tak terasa. Aku semakin takut untuk berdiri menghadapi masa depan. Terlalu banyak yang harus kuhabisi. Baik, aku yang mulakannya, memang seharusnya aku jualah yang menamatkannya. Ujian demi ujian menimpa. Aku takkan kalah. Allah Maha Penyayang. DIA memandangku lalu mentarbiyahku dengan didikan-Nya. Alhamdulillah. Allah sangat baik padaku. Kalau bahagia pun DIA tak beri, aku mahu derita. Tapi itu mustahil..kerana Allah Maha Penyayang, Maha Pemurah...


Saya Sayang Allah...